klpost

SUARAM bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berjaya memungut RM 300,000

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENULIS adalah antara ribuan orang yang aktif menderma dalam sebarang kegiatan amal yag dijalankan SUARAM. Dalam majlis SUARAM bertarikh 14hb Jun lepas, penulis turut menyumbang dalam membeli satu meja walaupun tidak dapat hadir.

Satu meja bukan murah, mencecah RM 10,000 sebuah!! Khabarnya, pada malam itu SUARAM berjaya memungut keseluruhan RM 300,000 hasil jualan meja sahaja, belum dikira cenderamata lain seperti T-Shirt dan sebagainya.

Justeru penulis amat terkejutlah dengan pendedahan bahawa SUARAM bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti yang disangka ramai pihak sebelum ini (termasuk penulis), tetapi sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd.

Seingat penulis, Suara Inisiatif Sdn Bhd pernah muncul dalam senarai penerima bantuan dari National Endowment For Democracy (NED), sumber boleh dirujuk disini.

Balik pada isu SUARAM tadi.

Tidak mahu percaya dengan pendedahan yang dibuat kebanyakkan media arus perdana hari ini, penulis telah memeriksa sendiri dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan yang mengesahkan memang tidak ada pertubuhan bukan kerajaan yang didaftarkan atas nama SUARAM!!

Entah kenapa, penulis rasa terpedaya.

Penulis bimbang, kemana dan bagaimana wang sumbangan rakyat Malaysia kepada SUARAM selama ini diuruskan dan dibelanjakan. Adakah mengikut prosedur yang sepatutnya atau bagaimana. Ini penting, kerana SUARAM bergerak atas wang rakyat Malaysia dan wajib untuk rakyat Malaysia mengetahui kemana dan bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Kita tidak mahu bercakap tentang sumbangan dari pihak luar seperti NED itu lagi (melalui Suara Inisiatif) kerana itu akan mencetus lebih banyak persolan dari jawapan. Lagipun, blogger dan media UMNO sedang rancak menuduh SUARAM dibiayai organisasi luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Penulis dengan ini menggesa orang-orang kuat SUARAM seperti Dr. Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa Fikri dan R Sivarasa tampil menjelaskan hal ini dengan kadar yang segera.

Semua orang nak tahu, kenapa sejak mula ditubuhkan lebih 20 tahun dulu, SUARAM masih gagal didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? 20 tahun bukan jangka masa yang pendek, dan mendaftarkan sebuah pertubuhan, tidak memerlukan masa yang panjang.

Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan lagi imej SUARAM di mata rakyat, setelah pelbagai pendedahan sebelum ini dalam isu Scorpene di dapati tidak benar dari beberapa segi. Antaranya, ada sapina yang telah dikeluarkan kepada beberapa individu tertentu dan ada perbicaraan yang sedang berlangsung berhubung isu Scorpene ini. -suarapakatanrakyat