klpost

Suami maut cedera parah,isteri diragut

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KEPALA BATAS  – Hasrat seorang pesara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di sini berakhir dengan tragedi apabila maut akibat menjadi mangsa ragut di Jalan Butterworth-Kepala Batas di Permatang Manggis, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 itu, A. Josop, 65, mati di tempat kejadian apabila seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal meragut rantai emas yang dipakai isteri mangsa, A. Laies, 52.

Mangsa gagal mengawal motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya menyebabkan ia terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. – utusan

 

(Gambar sebagai ilustrasi sahaja)