klpost

Suami isteri tidak bekerja tapi hidup mewah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MUAR 9 Sept. – Misteri kehidupan mewah sepasang suami isteri yang tidak bekerja terbongkar selepas polis menemui makmal memproses dadah dan merampas bahan terlarang tersebut bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di sebuah apartmen mewah di Jalan Junid di sini awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kira-kira 20 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dan daerah menemui pelbagai jenis dadah antaranya syabu, heroin, ekstasi dan Eramin 5.

Menurut sumber polis, pihaknya menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun di tiga unit apartmen yang disewa oleh pasangan itu.

“Kita percaya mereka sudah melakukan kegiatan ini sejak sekian lama. Selain pelbagai jenis dadah, polis turut menemui peralatan dan kelengkapan memproses dadah. Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak dan sudah lebih setahun menyewa di tiga apartmen tersebut.

Katanya, polis sedang menyiasat lokasi penjualan dadah yang sudah diproses selain mengesan dalang sindiket itu serta saki baki ahli kumpulan pengedaran dadah tersebut. – Utusan