Saturday , 1 November 2014

Suami ditangkap basah dengan wanita lebih berumur dari saya – Isteri kecewa

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

SAYA berumur 26 tahun manakala suami, 32. Saya dan suami bernikah 12 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 11 dan lapan tahun. Tanpa pengetahuan saya, enam tahun lalu suami menjalin hubungan dengan wanita lain.

Awal tahun 2010 ia terbongkar apabila suami ditangkap basah bersama wanita lebih berumur daripada saya. Saya bertanya kepadanya dan dia menyatakan dia diperangkap wanita berkenaan.

Sampai tarikh kes berkenaan dibicarakan, dia membayar denda dan memberitahu saya bahawa dia tidak berhubung lagi dengan wanita terbabit. Namun, versi sebaliknya timbul apabila saya bertemu wanita berkenaan yang memaklumkan dia sudah bernikah dengan suami sejak 30 April tahun itu.

Hancur hati saya ketika itu, lalu saya membuat keputusan ingin bercerai dan memberi waktu suami membuat keputusan memilih saya atau isteri barunya. Namun keputusan tergantung apabila dia masih berdiam diri menyebabkan pada Disember 2010, saya berpindah ke rumah orang tua kerana ingin memberi pengajaran padanya.
Sudah setahun lebih kami berpisah, suami hanya bertanya khabar melalui telefon dan mengirimkan wang belanja anak. Saya amat tertekan apabila dia tidak bersungguh-sungguh memujuk saya kembali berdamai, sebaliknya lebih senang membiarkan saya serta anak-anak. Terkenang layanannya sekarang membuatkan saya berasa ia berupa balasan terhadap saya disebabkan saya kahwin lari tanpa pengetahuan keluarga.
Sesal saya menggunung dan sebaik dihubungi suami, saya menyatakan hasrat ingin berpisah damai tetapi dia masih menyayangi saya. Dia perlukan masa dan enggan lepaskan saya. Saya buntu dan tertekan dengan sikapnya. Saya sebenarnya sudah tidak ada hati untuk tinggal sebumbung dengannya dan andai keadaan memaksa, saya kembali kepadanya hanya demi anak-anak. Bantulah saya, Dang Setia.

Lara
Sungai Buaya, Selangor

Dang Setia tumpang simpati dengan nasib melanda diri puan serta anak-anak. Berpunca daripada sikap suami bermain cinta dan berlaku curang di luar sehingga menjadi kes mahkamah, puan pula terpaksa menahan rasa.

Tambahan pula, ia terbongkar dalam keadaan yang mengaibkan iaitu apabila ditangkap basah bersama pasangannya membuatkan kotoran itu turut terpalit pada puan yang memegang status sebagai isterinya.

Tidak cukup dengan itu, suami seakan-akan terus membohongi puan kerana sanggup menyembunyikan pernikahan dengan kekasih gelapnya, menunjukkan suami gemar memandang ringan mengenai hak puan selaku isterinya yang sah.

Dalam isu ini, ia masih membabitkan soal kesanggupan puan bermadu atau pun tidak. Sanggupkah puan berkongsi suami dan secara tidak langsung memberi maksud puan perlu memberi sebahagian hak terhadap wanita lain.

Seandainya enggan bermadu, elakkan bermain tarik tali kerana tindakan puan meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami boleh menyebabkan nusyuz. Apa gunanya ikatan perkahwinan apabila masing-masing tidak lagi tinggal sebumbung.

Jika puan ingin berpisah dengan suami, tekadkan hati dan pinta dengan cara baik bagi memastikan kelak anak-anak tidak menjadi mangsa perpisahan puan serta suami.

Sebaliknya, jika puan ingin kembali, nyatakan dengan jelas keadilan yang puan mahukan agar nasib puan dan anak terbela. Mohon suami lebih adil dan tidak mengulangi sikap curangnya.

- Dang Setia / Metro

Scroll To Top
banner