klpost

Suami buang air,Isteri cerai

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Seorang wanita muda di Arab Saudi memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya, hanya selepas 40 hari berkahwin berikutan tabiat lelaki itu yang didakwanya kerap membuang air kecil di atas katil.

Akhbar Okaz yang memetik berita daripada laman web Al Ittihad, melaporkan bahawa, Mahkamah Rayuan Makkah memutuskan untuk membicarakan kes itu di sebuah mahkamah lain.

Isteri berkenaan mendakwa, suaminya bukan saja kerap membuang air kecil di atas katil, malah minum air kencingnya sendiri, menghidap penyakit mental dan mati pucuk.
“Suami wanita itu juga didakwa pernah cuba membakar rumah mereka,” lapor Okaz.

Mahkamah sudah mengarahkan pasangan terbabit mengemukakan laporan perubatan terperinci untuk menyokong dakwaan itu.