klpost

SPRM serbu pejabat MPSP

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Seberang Perai
– Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses serbuk kayu di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini hari ini bagi melakukan siasatan lanjut berhubung beroperasi secara haram.

Turut diserbu ialah pejabat bahagian perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Jurucakap SPRM berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kewujudan kilang haram tersebut yang didakwa memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sejak beroperasi kira-kira 10 tahun lalu.

“Dalam operasi itu, SPRM memanggil seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan penyelia kilang tersebut ke Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai untuk diambil keterangan.

“Turut dirampas ialah dokumen-dokumen berkaitan ketika serbuan di pejabat MPSP dan pejabat operasi kilang itu.

“Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut merampas dokumen-dokumen berkaitan kerana disyaki pemilik kilang terbabit tidak melaporkan pendapatan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi tersebut. – Kosmo