klpost

SPR: Cadangan pembangkang lebih bermotifkan politik – Razali

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Banyak cadangan pemimpin pembangkang lebih bermotifkan politik berbanding cuba untuk menambah baik proses perjalanan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata SPR sebagai badan yang bersifat neutral tidak boleh mengikut kehendak mana-mana pihak yang dilihat lebih mementingkan selera politik mereka sendiri.

“Kita tak boleh langgar peraturan sesuka hati semata-mata kerana ia tidak mengikut selera kita. (SPR) buatlah macam mana pun tapi kalau tak ikut selera hati (politik pembangkang), tetap tak kena juga,” katanya menggulung Rang Undang-undang Pembekalan 2018, peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu menjawab celahan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) berkaitan peti undi awal yang disimpan di lokap balai polis.

Razali menegaskan orang awam tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki lokap berdasarkan peraturan undang-undang. – Bernama