klpost

Soal keselamatan negara tidak membezakan kaum dan agama

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

patriotikSEREMBAN – Masyarakat keturunan Cina di Negeri Sembilan yang bersimpati dengan pengorbanan pasukan keselamatan menangani pengganas Sulu di Sabah membuktikan mereka mempunyai semangat patriotik dalam soal menjaga keselamatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini menunjukkan masyarakat Cina turut terkesan dengan apa yang berlaku di Sabah dan mahu bersama-sama terlibat dalam mempertahankan negara.

“Siapa kata masyarakat Cina tidak sayang kepada negara. Siapa kata orang Cina tidak patriotik.

“Malam ini sahaja sudah membuktikan bahawa soal keselamatan tidak membezakan kaum dan agama.

“Asalkan kita rakyat Malaysia, kesannya dirasai bersama,” katanya di hadapan lebih 35,000 masyarakat Cina dan orang ramai pada majlis Makan Malam Perdana Menteri Bersama Masyarakat Cina Negeri Sembilan di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini malam tadi. – Kosmo