klpost

Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di bahagian utara iaitu dari Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak ketika ini manakala keadaan trafik di lebuh raya utama yang lain terkawal menjelang tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang sesak berbelas-belas kilometer ekoran satu kemalangan membabitkan tiga kereta pagi ini sudah kembali lancar.

“Trafik sedikit perlahan di Bukit Gantang ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Alur Pongsu dan Bukit Tambun ke plaza tol Juru.

“Aliran trafik ke arah Selatan juga perlahan dari Nilai ke Seremban. Trafik di plaza tol Gombak ke Terowong Karak dan Genting Sempah ke plaza tol Bentong juga perlahan,” katanya.