klpost

Skandal seks berprofil tinggi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SINGAPURA  –  Speaker Parlimen Singapura mengumumkan perletakan jawatannya hari ini selepas mengaku mengadakan hubungan sulit.

Perkembangan terbaru itu seterusnya menjadikan ia skandal seks terbaru membabitkan individu berprofil tinggi di negara itu.

Menurut laporan media dalam talian negara itu, Michael Palmer, 44, bapa kepada seorang anak mengangkat sumpah sebagai Speaker pada Oktober 2011 turut mengumumkan peletakan jawatan bagi kerusi parlimen yang disandangnya serta keahlian .

Sebelum ini, Singapura dikejutkan dengan isu skandal seks berprofil tinggi membabitkan bekas ketua polis narkotiknya yang kini dibicarakan di mahkamah selepas didakwa meminta ganjaran seks daripada seorang kontraktor. – AFP