klpost

Siti : “Saya minta maaf ,ia merupakan permintaan”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.

Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti kepada akhbar Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.

“Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K,” katanya.

Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.

Akibat kemalangan tersebut, ahli perniagaan terkenal itu patah bahu, kaki, tangan dan mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang badan. Walaubagaimanapun Datuk K dimaklumkan stabil.

Laporan dalam akhbar sama semalam menyebut, Datuk K dijangka akan menjalani pembedahan hari ini (Isnin).

-MD