klpost

Siti Nurhaliza umum jantina bayi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan buat peminatnya dengan mengumumkan jantina bayinya yang dijadualkan lahir pada sekitar Mac depan adalah perempuan bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-39 beliau pada hari ini.

Pengumuman itu dikongsi Siti bersama suami, Datuk K melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya sebentar tadi.

“Hadiah paling bermakna buat saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insya-Allah pada bulan Mac nanti. Doakan semoga semuanya sempurna.

“Nak kongsi dengan anda semua sempena dengan hari ulang tahun Siti Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan rezeki untuk cahaya mata kali ni, doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah seorang puteri,” ujar Siti, 39, sambil ditemani Datuk K dalam video tersebut.

Siti mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu dalam satu pengumuman istimewa di kediamannya di ibu negara.

Berita kehamilan tersebut mendapat liputas luas media dan beliau dijangka bersalin pada Mac depan.

Pemilik 16 buah album studio itu berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006. – Kosmo