SK

Siti Nurhaliza di Hospital

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Berita ini memang mengejutkan apatah lagi apabila membabitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Kerana setahu kami di sini, belum pernah keluar kisah atau cerita mengenai Datuk Siti pergi membuat wajah atau melakukan pembedahan kosmetik di hospital kecantikan tempatan mahupun luar negara bagi mengekalkan kecantikannya sekarang.

Maklum sajalah sekarang semakin ramai selebriti popular tanah air yang bersikap lebih terbuka berkongsi pengalaman mereka menjalani rawatan kosmetik bagi memastikan penampilan dan wajah mereka kekal berseri tanpa dimamah usia.

Namun jangan buat sebarang spekulasi terlebih dahulu. Kerana jawapannya, penyanyi kesayangan ramai itu menghadiri majlis pelancaran pusat perubatan Beverly Wilshire Medical Centre, di Kuala Lumpur.

Datuk Siti bersama-sama Pengarah Miss Universe Malaysia, Andrea Fonseka dan Ratu Cantik Malaysia Universe 2012, Kimberley Leggett telah hadir bagi merasmikan pusat kecantikan berkenaan yang akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebagai info sampingan, Beverly Wilshire Medical Centre merupakan pusat estetik, pembedahan kosmetik dan kesihatan yang memberikan rawatan kelas pertama kepada setiap pelanggan atau pesakit menggunakan teknologi terkini.