klpost2

Singapura menjuarai kali keempat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BANGKOK  –  Singapura dinobatkan juara kali keempat dalam kejohanan Piala AFF Suzuki selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2.

Perlawanan akhir pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Supachalasai menyaksikan pasukan pelawat menggunakan pendekatan bertahan selepas berbekalkan kelebihan dua gol atas kemenangan 3-1 pada pusingan pertama.

Walaupun Thailand mendapat gol awal pada penghujung separuh masa pertama iaitu minit ke-45 hasil jaringan K Keawsomba, ia gagal membantu pasukannya muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2012. -bharian