klpost

Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya baharu SPRM

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Petaling Jaya
– Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dzulkifli telah diarah melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas. – Bernama