SK

Sharifah Aini Masuk Hospital Jangkitan Virus

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

(Mei, 23) Jangkitan Virus, Kak Pah Stabil! Alhamdulillah, keadaan Dato Sharifah Aini 58, yang dikatakan terkena jangkitan virus kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sharifah Aini dimasukkan kedalam Hospital Pakar Damansara semalam kerana terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Keadaan Kak Pah dilaporkan semakin pulih, namun masih belum boleh menerima sebarang lawatan bagi mengelakkan sebarang jangkitan, menurut rakan karibnya Khalilah Talha.

“Kak Pah memaklumkan kepada saya dia sudah stabil. Berita itu sangat melegakan kerana kami risaukan keadaannya. Namun, saya sendiri belum melawatnya kerana keadaan kurang sihat. Bimbang pula demam saya berjangkit kepadanya nanti.

“Saya difahamkan Kak Pah mula tidak sihat selepas dia pulang daripada menjayakan persembahan Hari Ibu di Johor Bahru, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pada keesokan harinya dia masih memberikan komitmen kepada program Mentor 6 kerana tanggungjawab sebagai juri tetap.

Kak Pah diserang demam panas sehingga terpaksa dibawa ke hospital tersebut selepas program itu dan doktor telah mengesahkan penyanyi yang terkenal dalam dunia hiburan itu terkena jangkitan virus. -Forblogger