klpost

“Serangan media terhadap kepimpinan Pakatan mendapat kelulusan daripada Najib..”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Serangan media perdana terhadap kepimpinan Pakatan sejak akhir-akhir ini pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib..”

“Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.

“Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,” katanya.

Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.

“Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas. “Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera politik fitnah dan bohong,” katanya lagi. – utaranews