klpost

Seram; Jiran dirasuk Jin Janda Baik

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Suatu hari, jiran saya ni bermalam seisi keluarga di kawasan perkhemahan di Janda Baik, Pahang.

Beberapa hari setelah balik ke Shah Alam, dia mengalami demam, tapi tak serius. Muka dan dada rasa panas, malam pula susah nak tidur. Saya juga perasan yang wajahnya kemerah-merahan, seolah-olah kepanasan.

Beliau pada awalnya pulang ke kampung untuk berubat, namun tidak menjadi. Akhirnya beliau meminta saya untuk membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah beliau. Saya bukanlah bomoh, cuma ikhtiar membaca ayat-ayat al-quran dan zikir yang saya pelajari suatu ketika dulu.

Seperti biasa, proses tiga hari hendaklah dilalui. Untuk mengelakkan gangguan anak-anak kat rumah, kami buat kat surau je. Hari pertama; beliau merasakan sesuatu bergerak ke buku lali kaki apabila ayat-ayat dan zikir dibacakan. Bahagian sebelah kiri kaki terasa berat.

Hari kedua; pergerakan seperti semalam makin ketara, muka juga terasa bahang. Lama-kelamaan ia bergerak ke kaki. Sebelum berakhir zikir saya, bidai besi dalam surau berbunyi seperti dilanggar sesuatu. Berdiri bulu tengkuk saya, sambil berzikir mata memerhatikan kut-kut tingkap terbuka yang menyebabkan bidai bergoyang. Sebaik selesai proses zikir, saya memeriksa tempat dimana bidai itu bergoyang. Ternyata tingkap semua tertutup, mana datangnya angin menggoyang bidai tadi?

Hari ketiga; sebelum proses rawatan saya membuka tingkap dimana tempat yang bergoyang semalam, pada hemat saya untuk memudahkan jin keluar melalui tingkap itu. Semasa proses zikir, sahabat saya ini rasa sesak nafas dan hampir putus asa, hampir bangun untuk berhenti dirawat. Tapi oleh kerana patuh akan nasihat saya, beliau bertahan. Sesak nafas tersebut sebenarnya petanda jin mula keluar dari badan beliau.

Alhamdulillah, selepas itu beliau telah pulih. Terima kasih Allah. – Pondoksiber