Tuesday , 2 September 2014

Sepanyol mengesahkan tempat ke aksi final Euro 2012

DONETSK: Sepanyol mengesahkan tempat ke aksi final Euro 2012 apabila menumpaskan Portugal 4-2 menerusi tendangan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan di Stadium Donbass Arena, sebentar tadi.
Perlawanan penuh dramatik itu berakhir menerusi penalti kemenangan Cesc Febregas selepas Bruno Alves gagal menyempurnakan penalti untuk Portugal.

Sebelum itu penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyelamatkan penalti Joao Moutinho, diikuti tendangan Alves terkena palang gol.

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo tidak menyempurnakan penalti kerana dia diletakkan sebagai pemain kelima untuk penentuan penalti itu.

Sepanyol sebagai juara bertahan sepatutnya mendahului pada sepauruh masa pertama masa tambahan namun bola yang dikuis Andres Iniesta berjaya ditampan penjaga gol Portugal Rui Patricio, seperti di laporkan di Berita Harian.

Kedua-dua pasukan mempunyai beberapa peluang terbaik untuk memperoleh gol termasuk sepakan percuma Ronaldo pada minit ke-90 hampir membolosi gawang Sepanyol.

Lawan Sepanyol di final Isnin ini akan ditentukan pada satu lagi perlawanan separuh akhir, pagi esok antara Itali dan Jerman.


Scroll To Top