klpost

Seorang peserta perempuan telah membuka baju dan melukis di kanvas dengan menggunakan payu daranya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Rancangan Thailand’s Got Talent telah mencetuskan kontroversi selepas salah seorang peserta perempuannya telah membuka baju dan melukis di kanvas dengan menggunakan payu daranya.

Tindakan Duangjai Jansauoni itu menyebabkan penonton di dalam studio terpinga-pinga selain mendapat kecaman kerajaan yang menyifatkannya sebagai amat mengejutkan.Ini kerana, kata Menteri Kebudayaannya, Sukumol Kunplome, bagi masyarakat Thai, perbuatan berbogel dalam televisyen adalah tidak wajar sama sekali.

Berikutan itu, beliau telah memanggil penerbit rancangan berkenaan bagi mendapatkan penjelasan dan akan menentukan sama ada tindakan akan diambil ke atasnya.

“Program ini bertujuan memaparkan bakat orang Thai dan mereka digalakkan mempamerkan keupayaan diri, namun masih ada batasannya,’’ kata Sukumol.

Rancangan berkenaan disiarkan melalui Channel 3, memaparkan seorang penuntut perempuan berusia 23 tahun Duangjai Jansaunoi, yang mengetengahkan bakatnya sebagai artis bebas dari utara Thailand.

Ketika memasuki pentas, dia memakai pakaian lengkap dan mula melukis di atas kanvas namun secara tiba-tiba, Duangjai telah membuka baju dan bra sehingga mendedahkan payu daranya.

Dia kemudiannya mencurahkan cat di payu daranya sebelum melukis di atas kanvas.

Sesetengah penonton menutup mulut tanda tidak percaya dengan perbuatannya itu namun sebahagian pula bertepuk tangan tanda memberikan sokongan kepadanya.

Selain penonton, juri pertandingan termasuk aktres Pornchita Na Songkhla amat terkejut sehingga dia memalingkan badan ke belakang ketika Duangjai membuat persembahan di pentas.

“Saya tidak kata persembahan ini tidak bagus namun ia tidak sesuai dalam konteks kebudayaan Thai, saya tidak menyokong aksi seperti ini,’ kata Pornchita.

Dua lagi juri lelaki bagaimanapun menyokong Duangjai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Workpoint Entertainment, Panya Nirandkul yang menerbitkan rancangan berkenaan , telah memohon maaf dan menyatakan beliau tidak mengetahui peserta tersebut akan bertindak demikian.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara itu telah dirancang bagi menaikkan rating rancangan tersebut dan berjanji tidak akan membenarkan kesilapan seumpama itu berulang. -KL-TODAY