klpost

Sengatan ala elektrik di pantai,mangsa meraung

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

ALOR GAJAH  –  Percutian sebuah keluarga ke Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, bertukar mimpi menakutkan apabila seorang daripada mereka menjadi mangsa sengatan obor-obor ketika mandi-manda di pantai berkenaan, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Shafie Sulaiman, 16 tahun dari Bahau, Negeri Sembilan yang sedang mandi bersama keluarganya di pantai peranginan berkenaan, disengat obor-obor itu di bahagian belakang badannya.
Akibat sengatan itu, katanya, belakang badannya berasa seolah-olah terkena renjatan elektrik sebelum pedih dan gatal lalu berlari ke daratan serta menggelupur kesakitan.

“Saya dapat rasa seluruh badan mula gatal dan membengkak di beberapa bahagian sebelum sesak nafas hingga sukar menjerit mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya di sini, semalam.
Katanya, kejadian itu disedari anggota Penyelamat Pantai, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), yang bertugas tidak jauh dari situ.
Menurut akhbar Metro , Mangsa , anggota JPAM terus melumur seluruh badannya dengan cuka dan losyen khas membuatkan dirinya berasa sedikit lega.

Sementara itu, Ketua Menara Penyelamat Pantai JPAM, Mohd Hairil Md Nasir ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, beliau bersama lima anggota mendapatkan mangsa yang hampir pitam dalam keadaan menggelupur sebelum merawat mangsa.
“Kami tenangkan mangsa yang kesakitan menahan kepedihan dan kegatalan akibat terkena sengatan obor-obor sebelum diberi bantuan.

“Anggota JPAM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merawat sebahagian badan mangsa yang membengkak sehingga keadaan reda sebelum mangsa memberitahu dia mampu menggerakkan badan,” katanya.