klpost

Sempena Krismas,diskaun dan rebat tol hingga 37.5%

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.

“Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Koridor Guthrie (Gutrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Yang lainnya ialah Lebuhraya SMART, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara (NNKSB).

Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuhraya KL-Putrajaya (Mex), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar). – Bernama