klpost

Selangor tidak akan menghadapi krisis air

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM : Satu lagi krisis air telah digembar gemburkan oleh pemimpin Umno-BN, kali ini daripada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang berkata Selangor akan berhadapan dengan masalah air dalam dua bulan.

Tetapi mengikut JabatanMeteorlogi kekeringan sumber air mentah seperti di sungai dan empangan di Selangor tidak akan berlaku seperti yang digambarkan.

Sebaliknya Jabatan terebut meramalkan yang taburan hujan seperti biasa dalam bulan Ogos ke Oktober akan berlaku di seluruh negara, termasuk di Selangor, kata Exco Selangor Ronnie Liu Tian Khiew.

“Jabatan Meteorlogi memberi jawapan kepada kenyataan (Datuk Seri Chua Soi Lek),” Ronnie berkata di dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di sini.

Pada Ogos 1, Soi Lek berkata walaupun bekalan air mentah mencukupi krisis air tersebut tetap akan berlaku kerana loji-loji rawatan air di Selangor berfungsi pada kapasiti maxima dan rizab air tinggal pada paras 1 hingga 3 peratus.

Soi Lek mendakwa ini adalah fakta yang didapati daripada pakar-pakar yang menemui MCA.

Amaran krisis air oleh Soi Lek timbul seminggu selepas satu lagi krisis air yang diwarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Dakwaan Syabas itu disangkal apabila Kerajaan Selangor menunjukkan yang masalah gangguan bekalan air terawat berpunca daripada Syabas sendiri yang gagal mengagih air tersebut dengan sempurna.

Panel pemantau Kerajaan Selangor yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi juga mendapati Syabas tidak melaporkan jumlah rizab air terawat dengan tepat.

Panel tersebut mendapati rizab kapasiti pengeluaran air terawat sebenar adalah 11 peratus, bukannya dua peratus seperti yang dikatakan oleh Syabas. – SelangorKu