Sunday , 21 December 2014

Selangor ‘BERSIH’ rumah urut

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/



SHAH ALAM, May 24,2012: Kerajaan Selangor merancang untuk bertindak tegas terhadap kegiatan rumah urut di negeri itu dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pertemuan akan dibuat bersama pihak berkuasa tempatan di Selangor minggu depan bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita masih dalam perancangan untuk ambil tindakan seperti menarik lesen dan menyita perniagaan serta turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis terbabit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Selangor, di sini.

Pada sidang media semalam, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai isu rumah urut pada mesyuarat mingguan EXCO susulan laporan media massa mengenai pertambahan rumah urut di Selangor.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini melaporkan di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka, selain di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, dua di Sungai Besar dan masing-masing satu di Sabak Bernam serta Tanjong Karang. – BERNAMA

 

Scroll To Top