klpost

“Selamatkan Malaysia!” dengan slogan “BN-Bankrup Negara”.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Menyedari tahap ekonomi negara Malaysia yang semakin merundum dengan realiti hutang negara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan satu kempen “Selamatkan Malaysia!” dengan slogan “BN-Bankrup Negara”.

Kempen yang dilancarkan semalam ini mendapat sokongan daripada Pemuda PAS Wilayah dan Selangor dengan mengerahkan tenaga kerja untuk mengedarkan risalah di stesen-stesen bas utama seperti Hentian Putra, Hentian Jalan Duta dan Terminal Bandar Tasik Selatan.

Kempen ini telah dilancarkan di Hentian Jalan Duta pada jam 8.30 malam oleh Dr Raja Ahmad al-Hiss dari Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ditemani oleh Saudara Kamaruzaman selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah.

“AlHamdulillah, rakyat memberikan respon yang positif dan mereka mahu bersama dengan kita untuk menyebarkan maklumat yang disembunyikan daripada rakyat ini”, ulas Dr Raja Ahmad selaku Naib Ketua Pemuda.

“Hampir 5000 ribu beg yang sarat dengan maklumat berjaya diagihkan dan mudah-mudahan usaha ini dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa negara kita perlukan perubahan”, tambahnya lagi.

Kempen ini berlansung pada 15 Ogos oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dan 16 Ogos oleh PAS Wilayah Persekutuan di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan.

Ketika ditemui, beliau mendoakan agar setiap rakyat Malaysia yang pulang ke kampong selamat sampai ke destinasi dan beliau juga turut menasihati pemandu-pemandu agar memandu dengan berhemah.

Kata beliau, “Raya itu seronok apabila yang jauh selamat sampai di kampong halaman”.

Beliau juga mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri bersama sanak saudara dan sahabat handai di kampung.

“Jangan lupa untuk sampaikan maklumat pada ahli keluarga di kampung”, ujar beliau lagi. – tranungkite