klpost

Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian – Zizi Kirana

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Penyanyi Zizi Kirana, 32, menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyindir mana-mana individu menerusi lagu terbaharunya berjudul Boleh Jalan.

Memetik laporan mStar online, Zizi berkata lagu tersebut dihasilkan untuk menegur netizen yang sering mengkritik dan meninggalkan komen tidak bermoral mengenai sesuatu isu di alam maya.

“Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.

“Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka.

Tidak mahu ambil kisah mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya dia gembira kerana Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Waris itu mendapat sambutan hangat dan sudah hampir 300,000 kali jumlah tontonan sejak dimuat naik di YouTube dua minggu lalu.

“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,”

“Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka.

“Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.

“Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian, ” ujarnya.