klpost

‘Saya mangsa keadaan’ – Afifah Nasir

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Afifah Nasir
Kuala Lumpur
– Hampir dua minggu dikecam sebagai perosak rumah tangga orang akibat ditangkap berkaraoke dengan pelakon Aliff Aziz, pelakon Nur Afifah Nasir akhirnya mengemukakan bukti bahawa selama ini sebenarnya menjadi mangsa keadaan.

Afifah dalam sidang akhbar hari ini menjelaskan dia bukanlah perempuan jahat sebaliknya teraniaya dan terjerat dengan keadaan.

Menurut Afifah, dia hanya melayani kerenah Aliff bagi memudahkan kerja semua pihak dan melancarkan penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Kata Afifah, penggambaran drama berkenaan sepatutnya selesai selama sebulan tetapi sudah mengambil masa lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff yang sering tidak hadir ke lokasi.

“Saya terkilan apabila terpaksa menanggung semua perkara seorang diri. Saya menangis kerana berasa bodoh dan terlalu mudah mendengar kata orang,” jelas Afifah yang bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu itu.

Bagi membersihkan imejnya yang telah tercemar dengan pelbagai tohmahan negatif.

“Saya mahu menjelaskan situasi sebenar bahawa saya bukanlah jenis perempuan seperti yang didakwa semua. Saya tahu dosa pahala,” katanya.

Afifah, 24, turut menafikan ada menjalin hubungan dengan Aliff sebagaimana yang didakwa isteri pelakon berkenaan, Dayang Nabella Awang Astillah.

“Saya mengakui bersalah kerana membenarkan suaminya, Aliff memegang tangan saya dan atas kesalahan itu saya memohon maaf. Saya faham keadaan Bella dan tidak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku,” jelas Afifah.

Menerusi sidang akhbar yang diadakan di pejabat guaman Ahmad Deniel Ruben & Co, Publika tersebut, Afifah turut memperdengarkan rakaman perbualan telefon kakaknya, Anzalna bersama salah seorang kru produksi mengenai situasi sebenar hubungannya dengan Aliff sehingga berlakunya insiden di pusat karaoke, pada Khamis, 27 Julai lalu.

Dalam rakaman tersebut, Anzalna merungkai semua idea pihak produksi yang mempergunakan adiknya hanya kerana mahu memastikan kehadiran Aliff ke lokasi penggambaran.

Antaranya, produksi sememangnya meminta Afifah agar melayani Aliff dengan baik sama ada di lokasi mahupun balasan mesej menerusi Whatapps. – Kosmo