SK

“Saya dipijak, pukul dengan pistol dan ditumbuk hingga jatuh – Mangsa Keganasan Polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR (19 Mei): “Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini,” kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.Mohd Saufi yang ketika itu sedang berjalan pulang dari himpunan Duduk Bantah 28 April lalu, ‘dikeroyok’ sekumpulan anggota polis di hadapan bangunan Bank OCBC, Jalan Tun Perak, kira-kira jam lima petang.

“Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh. Hidung saya berdarah dan mata luka,” kata Saufi.
Beliau antara 19 mangsa keganasan polis yang tampil dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.
Manakala Lee Teck Yai, 39, seorang ejen insuran yang berasal dari Kuala Lumpur, mendapat lima jahitan di belakang telinga, selain lebam di muka dan badan selepas ditolak oleh Polis dari tangga LRT Masjid Jamek.

“Kira-kira jam enam petang, saya hendak pulang ke Pandan Jaya. Saya lihat ada keganasan oleh Polis terhadap peserta himpunan, lalu saya merakam aksi tersebut.
“Anggota Polis yang nampak tindakan saya menyerbu untuk menahan. Mereka paksa saya ikut. Ketika sedang dibawa untuk ditahan, saya ditumbuk, ditendang dam ditolak hingga jatuh,” jelas Lee.

Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais menjelaskan, tindakan ganas tersebut dirancang, berdasarkan pengesahan mangsa bahawa anggota Polis yang memukul mereka tidak mempunyai nama dan nombor anggota di uniform mereka.

“Mereka juga secara tersusun merampas kamera dan kad memori bertujuan menghilangkan bukti,” tegas Hishamuddin.
Sehingga kini, Bersih bersama Suaram, Jawatankuasa Hak Asasi KLSCAH dan Lawyer For Liberty telah mendokumentasi 80 kes keganasan Polis terhadap peserta himpunan ‘Duduk Bantah’

Mangsa keganasan Polis ketika himpunan 28 April lalu diminta menghubungi Sekretariat ‘Laporan Keganasan Polis 428′ di talian 012-3496013 atau di emel info@bersih.org. – Keadilan Daily