klpost

Satu lagi kes pemimpin PKR ditangkap khalwat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PKRKemelut PKR dijangka akan berterusan setelah dilaporkan seorang pemimpinnya ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pahang.

Menurut blog papagomo, pemimpin PKR itu, Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang di Swiss Garden Pahang.

Beliau ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada Fazli Pungut.

Menurut blog itu lagi, suami wanita yang ditangkap khalwat itu turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan berkenaan dan kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan atas pengaruh yang ada pada Badrul Amin.

Badrul Amin sebelum ini juga menyamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi. Inilah kepimpinan PKR yang sememangnya mengalami masaalah moral yang teruk sebagai pemimpin rakyat.