Friday , 28 November 2014

Satelite tidak boleh digunakan untuk kenal pasti gempa bumi

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

misi_nasa_angkasawan_marikhParis – Bunyi gempa bumi besar disusuli tsunami di Jepun dua tahun lalu begitu kuat hingga dikesan satelit di angkasa lepas.

Sebuah satelit khas Eropah yang mengelilingi bumi mengesan bunyi frekuensi rendah ombak tsunami yang berpunca daripada gerakan kerak bumi apabila gempa magnitud 9.0 itu bermula.

Hampir 19,000 orang maut kerana tsunami yang berlaku memusnahkan penempatan awam dan melanda loji nuklear Fukushima menyebabkan reaktornya lebur selain memaksa berpuluh ribu penduduk hilang tempat tinggal.

“Bunyi gempa itu sampai ke luar atmosfera bumi apabila ia mempengaruhi variasi ketumpatan udara sekitar GOCE,” menurut laporan jurnal Amerika Syarikat, Geophysical Research Letters.

GOCE merujuk kepada Peninjau Pusingan Graviti Lautan dalam satelit Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Saintis berkata, gempa bumi bukan saja mencipta gelombang bunyi tetapi juga menyebabkan permukaan bumi bergegar menghasilkan bunyi yang naik sehingga atmosfera tertinggi.

GOCE direka untuk merakam dan mencatat keadaan itu umpama seorang pakar gempa di orbit.
Laporan itu menyatakan, gegaran magnitud 9.0 pada 11 Mac 2011 mempercepat gelombang bunyi.

Gelombang akustik

“Ia disebabkan gelombang akustik mencapai kepantasan 130 meter sesaat,” katanya.
Satelit itu pada mulanya merakamnya ketika lalu di Lautan Pasifik kira-kira 30 minit selepas gempa bermula dan 25 minit selepas bergerak ke sebelah Eropah.

“Pakar gempa paling teruja dengan penemuan ini kerana hanya mereka golongan saintis yang tiada alat untuk melakukan kajian di angkasa lepas,” kata Raphael Garcia, pegawai Institut Penyelidikan Astrofizik dan Planet di Perancis.

“Dengan peralatan baru ini, mereka boleh gunakannya untuk penyelidikan di bawah tanah,” katanya lagi.

Pegawai di Agensi Meteorologi Jepun berkata, adalah sesuatu yang luar biasa bagi satelit membuat analisis berkenaan.

“Umumnya, gempa bumi dipantau menerusi alat kajian di tempat tertentu. Satelit biasanya tidak digunakan untuk memantau gempa,” katanya.
AFP / BH

Scroll To Top
banner