klpost

Sarang seks dihendap D7

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Hasil maklumat diberikan Harian Metro, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan risikan dan serbuan di premis yang menawarkan khidmat seks di Bukit Bintang, di sini, semalam.

Operasi jam 8 malam yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd dengan kekuatan 10 anggota menahan tiga wanita warga China berusia 21 hingga 38 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga wanita terbabit berusia 30-an,” katanya.

Menurutnya, selain empat yang ditahan dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa sembilan wanita tempatan terdiri daripada pelbagai bangsa berusia 21 hingga 38 tahun.

Ketika ditanya mengenai tawaran khidmat seks di premis itu, Azman mengakui perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga RM160 hingga RM250.

Katanya, premis itu diserbu empat kali sejak tahun lalu dan semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. – metro