klpost4

Sarang pelacuran VIP diserbu

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SENTUL  –  Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran melibatkan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis di Laman Rimbunan Kepong, di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, risikan selama dua minggu oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais mendapati premis itu baru beroperasi sebulan.

“Difahamkan dalam tempoh sehari, 10 wanita berkenaan melayan kira-kira 60 pelanggan. Wanita-wanita itu berusia antara 20 hingga 28 tahun,” katanya.

Menurutnya, sindiket pelacuran itu dipercayai pernah beroperasi di sebuah rumah di Metro Prima, Kepong, sebelum ini.

Sumber itu berkata, lapan wanita dipercayai pelacur dan seorang ibu ayam, dicekup bersama tiga pelanggan.

“Lima warga China, dua warga Thailand dan dua warga Vietnam ditahan dalam serbuan itu.

“Mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut,” katanya.  –  SH