klpost

Saran KDN mengambil tindakan terhadap Tamil Malar – Sri Murugan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Ipoh
– Bekas Ketua Penerangan Pemuda MIC Perak, Sri Murugan menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas ke atas akhbar harian tamil, ‘Tamil Malar’ kerana memaparkan rencana yang berunsur menghina agama Hindu.

Satu rencana diterbitkan di muka hadapan harian tersebut pada hari ini mempersendakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan kononnya beliau menari untuk rentak lagu filem Tamil ketika menunaikan hajat beliau di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam tahun ini.

Ketika dihubungi Kuala Lumpur Post, Sri berkata, beliau percaya rencana tersebut diterbitkan semata-mata untuk menjatuhkan imej Datuk M.Saravanan dan secara tidak langsung mempersendakan kepercayaan penganut agama Hindu di negara ini.

“Tindakan Tamil Malar boleh diklasifikasikan sebagai provokasi dan dilihat cuba menaikkan kemarahan mereka yang beragama Hindu secara am dan penyokong Datuk M.Saravanan secara khusunya. Saya minta pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar tersebut,” ujar beliau.

“Sedih sekali kebebasan akhbar telah di salah gunakan oleh Tami Malar semata-mata untuk memfitnah seorang pemimpin dan menghina agama Hindu,” kata Sri.