klpost

Sandirawa pembangkang – Pengundi wanita menyokong UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BERA – Pergerakan Wanita UMNO yakin dapat menawan seramai 489,230 pengundi wanita Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Rosni Sohar berkata, keyakinan itu berdasarkan bilangan pengundi Melayu yang menyokong UMNO semakin meningkat.

“Oleh itu kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU Ke-13 yang disifatkan ramai pihak sebagai paling mencabar buat negara,” katanya

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja serta Taklimat Sistem Jalinan Rakyat dengan Wanita Umno Pahang di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, negeri yang dikuasai pembangkang termasuk Selangor dan Kedah juga dijangka dapat ditawan kembali.

Ia kerana, kata beliau, pengundi di setiap negeri terbabit telah mula jelak dengan sandiwara yang dimainkan pembangkang sejak sekian lama.

Menurut beliau, banyak masalah belum dapat diselesaikan pembangkang antaranya membabitkan tanah, bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal dan sebagainya.

Atas faktor itu, katanya, Wanita UMNO telah menjalankan pelbagai program untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan untuk mengundi BN.

Sehubungan itu juga, kata beliau, pihaknya merancang mengadakan program Salam Sayang bagi mendekati pengundi supaya menyokong kerajaan sedia ada.  – mynewshub