klpost

Samun dan ditendang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MASAI – Seorang pemuda cedera di muka, tangan dan kaki manakala telefon bimbit jenis Nokia miliknya pecah selepas dibelasah dua perompak yang bersenjatakan parang ketika menunggang motosikal di Taman Bukit Rinting di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa, Abu Syed Sulaiman, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Puteri sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghimpit motosikal mangsa dari belakang.

Sebelum itu, mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori baru menghantar seorang rakannya pulang ke rumah di taman tersebut. “Ketika itu, saya menunggang motosikal di kawasan berbukit dan disebabkan saya enggan berhenti, salah seorang perompak itu mengacukan parang ke leher saya sebelum motosikal saya ditendang.

“Sebaik saya terjatuh, kedua-dua perompak berkenaan terus menyeluk poket seluar saya dan merampas telefon bimbit dan dompet saya,” kata Abu Syed ketika ditemui di rumahnya di sini.-Kosmo