klpost

Samseng jalanan termasuk 3 anggota tentera di tahan polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

KOTA KINABALU – Seramai 88 pesalah jalan raya termasuk tiga anggota tentera ditahan dalam operasi membanteras samseng jalanan secara besar-besaran di sekitar bandaraya ini semalam.

Operasi yang bermula pada pukul 1 pagi itu turut menemui sebilah pisau daripada seorang penunggang motosikal.

Polis turut menahan lapan gadis berumur antara 14 hingga 20 tahun dalam operasi tersebut, seperti dilaporkan dalam KOSMO.

Ketika operasi, beberapa samseng jalanan terutamanya pelesit rempit nekad merempuh laluan kereta api untuk melarikan diri.