klpost

Sambutan luar biasa Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Mansor Othman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENANTI – Meriah dan ceria! Begitulah keadaan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Rakyat Guar Perahu Penanti anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat yang sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tetamu kehormat yang turut meraikan majlis rumah terbuka ini ialah Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Rahman Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan isteri Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P.Ramasamy.

Majlis yang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 5 petang dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Selain menikmati pelbagai juadah tradisi dan istimewa Melayu seperti lemang, rendang, satay dan sebagainya, ‘angpow’ raya turut diberikan kepada stiap kanak-kanak yang hadir.

Pulau Pinang negeri prihatin, makmur dan sejahtera dibawah PR

Pada 9 Ogos sebelum Aidilfitri yang lalu, Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji (Minimum RM 600) kepada kakitangannya. Bonus RM300 juga turut diberikan kepada 10 orang Penyelia dan 1,391 Guru Kelas Aliran Fardu Ain (KAFA).

Bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit sejah mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Pulau Pinang sering digambarkan sebagai negeri yang ‘menindas Melayu’ oleh cybertropers dan pencacai UMNO-BN seolah-olah orang Melayu terhimpit dan hidup melarat.

Walaubagaimnapun, segala tomahan dan fitnah UMNO-BN tersebut jauh bercanggah dari fakta sebenar apabila orang Melayu dan seluruh rakyat negeri ini menikmati pelbagai insentif serta bantuan khidmat yang berkualiti dari kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Antara yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang melibatkan kebajikan dan kemajuan masyarakat Melayu dan agama Islam negeri ini ialah peruntukan sebanyak RM64.03 juta pada 2012 kepada urusan hal ehwal Islam berbanding semasa kerajaan BN Cuma RM25.7 juta.

Ia merangkumi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), elaun dan duit raya kepada guru KAFA dan mengiktiraf para hafiz. Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan kadar pengangguran sifar dan malah menghadapi kekurangan pekerja.

Dasar kerajaan negeri cetus pembaharuan

Apa yang membingungkan UMNO-BN ialah apabila 70 peratus daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang berkelayakan melalui tender terbuka.

Pulau Pinang juga telah memperkenalkan Program Penghargaan Warga Emas dengan sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 dan ke atas dan menjadi negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya pendapatan RM500 sebulan.

Dalam ucapan perutusan Aidilfitri 2012 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini, beliau telah mengumumkan program HAPPY! yang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500).

Berita ini pastinya menggembirakan rakyat Pulau Pinang, khususnya kaum Melayu yang selama ini dimomokan oleh UMNO sebagai golongan tertindas.

Banyak lagi insentif dan bantuan kepada rakyat negeri ini telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri PR yang menerapkan pentadbiran berdasarkan prinsip CAT tanpa meminggirkan siapa pun sebaliknya membela semua golongan termasuklah masyarakat Melayu.-Roketkini