SK

Salah mengajar agama Islam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

May 18,2012. Khalid Samad enggan mengaku salah mengajar agama tanpa tauliah. Walaupun pada masa yang sama, dia mengakui, dia tidak mempunyai tauliah untuk mengajar setelah tauliah telah ditarik balik, Khalid Samad sebaliknya mengecam prosedur pengajaran ilmu agama yang memerlukan pentauliahan.

Menurutnya, tauliah telah diperkenalkan oleh Kamal Attaturk di Turki untuk memastikan Islam di Turki adalah Islam Sekular. Dengan kata lain, Khalid Samad enggan mengiktiraf sebarang pentauliahan kerana itu baginya adalah Sekular. Sekular adalah berdosa dan Sekular adalah sama seperti Kamal Attaturk yang matinya tidak diterima bumi.

Budaya ilmu tidak wajar disekat, katanya. Tetapi pada masa yang sama, Khalid Samad juga mempromosikan dirinya sebagai orang yang layak menyebarkan ilmu kerana dia seorang pemimpin PAS dan dia ‘belajar agama’.

Penjelasan dan promosi yang dibuat oleh Khalid Samad, sangat berbelit-belit. Dia tidak setuju dengan tauliah kerana dia tidak ada tauliah. Namun, dia setuju pula yang tauliah wajar dikekalkan kerana tauliah akan memastikan tiada ajaran salah yang diajarkan kepada kaum mubtadi. Hanya bersandarkan kepada pengalamannya selama 20 tahun dan sebagainya, maka Khalid Samad berasakan dia perlu dihalalkan untuk mengajar.

Dalam Islam, tidak semua orang dibenarkan mengajar. Ada yang belajar dan hanya untuk diri sendiri. Ada yang belajar dan ilmunya dibenarkan untuk disebarkan. Ada yang belajar dan mengajar, tetapi yang dipelajari dan diajari lebih menjurus manusia kepada kesesatan dan ketaksuban. Malah ada yang tidak boleh diajar dan tidak boleh dibenarkan mengajar kerana mereka adalah golongan yang akan memandai-mandai, membuat penyelewengan berdasarkan hawa nafsu dan kecondongan kepentingan mereka.

Di mana sebenarnya Khalid Samad berada antara golongan-golongan yang disebutkan di atas?

Rasa-rasanya, semua orang tahu, Khalid Samad mengajar agama hanya untuk PAS, bukan untuk budaya ilmu itu sendiri. Apa yang diajar dan dituturkannya sewaktu mengajar, tidak lebih daripada sebuah pendakwaan dan pengkaderan pengikut-pengikut baru buat PAS. Khalid Samad antara lain, tidak pernah kelihatan berusaha untuk membudayakan ilmu, sebaliknya mempromosikan PAS sebagai sebuah parti Islam yang perlu disokong dan diundi oleh para pendengar ceramah dan kelas agamanya.

Meletakkan SEKULAR atas perkara ajaran yang dibuat, tidak lebih seperti usaha Ayah Pin dengan Kerajaan Langitnya menerusi cerita kononnya dia telah dilantik oleh LANGIT untuk menjadi MESSIAH buat semua umat manusia. Menakut-nakutkan orang ramai dengan dogma SEKULAR, samalah seperti Bahaullah memperkenalkan ajaran BAHAInya yang kononnya memperbaharui kesesatan kaum Syiah yang terlupa tentang MESSIAH dan Nabi Isa a.s yang sepatutnya telah turun.

Usaha menakut-nakutkan manusia dengan pelbagai ISME yang kononnya bertentangan dengan ajaran Islam, bukan perkara baru. Ghulam Ahmad Qadiani yang cukup terkenal dengan ajaran sesat Ahmadiyyahnya juga menggunakan taktik yang sama. Malah, ciri-ciri menyalahkan orang lain dan diri sendiri sebagai mujtahid atau pembaharu, merupakan perkara penting dalam AJARAN SESAT.

Bukankah semuanya itu dilakukan oleh Khalid Samad dalam usaha untuk membela dirinya yang tidak mempunyai tauliah tetapi sekadar bersandarkan kepada pengalamannya bergaul dengan pemimpin PAS selama lebih 20 tahun serta membuat keputusan-keputusan besar buat parti itu yang pada anggapannya, membolehkan dia mengajar?

Kalau itulah yang berlaku, bermakna semua pemimpin PAS bolehlah mengajar agama termasuklah Mat Sabu dan Mahfuz Omar? Sebabnya mereka jauh lebih lama berada di dalam PAS. Mereka juga lebih banyak bergaul dengan pemimpin-pemimpin besar PAS dalam membuat keputusan-keputusan besar untuk parti tersebut.

Ternyata hujah yang membenarkan Khalid Samad mengajar agama, langsung tidak selari dengan Sirah Nabawiyyah apabila Nabi s.a.w sendiri hanya membenarkan beberapa orang Sahabat r.a sahaja yang mengajar dan bukannya semua Sahabat r.a menjadi guru.

Justeru, ajaran Islam mana yang menjadi panduan Khalid Samad? Nabi mana yang Khalid Samad jadikan sebagai petunjuk dan panduan serta teladan?

Terlalu amat mustahil, Khalid Samad langsung tidak belajar tentang Sirah Nabawiyyah di sebalik dakwaannya bahawa dia gemar belajar agama dan hobinya adalah mengajar!!!- Selangor Daily