klpost

Rozita – terima cincin,tolak cinta

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Rozita Che Wan ditanya mengenai gosip mengenai dirinya yang menjadi rebutan antara pelakon baru, Shah Iskandar dan Zain Saidin.

Dikatakan kononnya Zain cemburu apabila Shah mula rapat dengannya.

Rentetan itu, Zain dikatakan cuba memujuk Rozita dengan menghadiahkan cincin jenama Habib kepada Rozita.

Selain cincin, Zain turut dikatakan menghadiahkan Rozita dengan pelbagai jambangan bunga dan patung beruang ketika penggambaran telefilem Anak Ikan.

Telefilem itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan turut dibintangi Zain dan Shah.

Cincin itu dikatakan sebagai simbolik lamaran.

Bagaimanapun Zain seperti kenyataannya dalam B*POP minggu lalu, menyifatkan ia sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rozita pada 9 Mac lalu.

“Saya tak nak komen hal membabitkan Shah dan Zain itu. Itu hal mereka. Tetapi memang saya mengenali kedua-duanya.

” Saya dengan Zain memang rapat. Jadi, apabila saya dikatakan mula rapat dengan Shah, Zain mungkin rasa sedikit cemburu barangkali. Memang saya ada terima cincin itu. Tapi kalau nak tanya lebih, kenalah tanya Zain sendiri. Saya sendiri belum sempat bertanyakan lanjut mengenai motif pemberian cincin itu. Kalau ada menyifatkan ia sebagai cincin lamaran, saya sendiri belum ada jawapan untuk itu. Tiada kata putus.

“Sejujurnya, kalau cakap secara umum, saya belum bersedia ke arah itu. Ia soal masa depan dan kehidupan mendatang saya dan dua anak. Cuma pada pandangan peribadi saya, Zain seorang lelaki budiman.

Jika dia suka seseorang itu, dia akan cuba memenangi hati orang berkenaan,” kata Rozita yang sejak 13 hingga 19 Disember lalu bercuti lagi ke London bersama dua anaknya serta kakak.

Rozita juga baru saja selesai memenuhi tanggung jawabnya melunaskan baki rakaman program Primadona.

(petikan Bi-Pop Berita harian)