Administrator

Rozita kongsi gambar Tun M di instagram

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PELAKON dan usahawan popular Rozita Che Wan mengakui bersyukur apabila kini dapat berkongsi gambar Tun Dr Mahathir Mohamad di media sosial miliknya tanpa sebarang halangan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata sebelum ini terdapat beberapa pihak yang menghalangnya daripada melakukan perkara demikian.

“Lama saya simpan gambar ni. Tak boleh upload, sat lagi depa kacau, depa suruh delete. Letak gambar Tun, wish birthday pun salah, upload surat Tun ucapkan terima kasih sebab wish birthday untuk beliau pun tak kena.

“Saya tak boleh terang-terang sokong pembangkang (sebelum ini), depa ada kuasa, depa boleh buat apa saja.

“Saya banyak tanggungan, takut kalau bisnes kena kacau, muka kena banned keluar tv susah juga nak cari makan.

“Saya respect dengan rakan saya @bena1i & @fatiyalatiff yang begitu setia dan tak peduli bila kena ‘kacau’ dengan orang atas bila depa dengan terang- terangan menyokong Tun.

“Sesungguhnya betapa mulia jiwa mereka yang sabar dan setia. Lepas ini dah boleh dah upload gambar macam mana pun,” tulisnya.