klpost

Rogol-merogol bertentangan aturan tabii

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –   Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan seks luar tabii, merogol dan bersubahat melakukan perbuatan itu terhadap seorang pembantu peribadi, tiga bulan lalu.

Menurut Akhbar Berita Utusan, ketiga-tiga tertuduh ialah penjaga stor, Mohd. Khairi Ahmad, 25, juruteknik, Muhammad Amirul Afizi Rosli, 21, dan tukang masak, Aswariza Abdul Aziz, 19.

Mohd. Khairi didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap gadis berusia 19 tahun itu tanpa kerelaan mangsa pada pukul 4.20 pagi di dalam bilik sebuah rumah di Taman Alam Sutera, Cheras di sini, pada 7 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

 

(Gambar untuk tujuan illustrasi sahaja)