klpost

Roboh Kuil Hindu di Johor Bahru – SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Johor Bahru (Jun, 23) Lagi isu kuil dirobohkan oleh oleh Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Johor. Kali ini sebuah kuil di Mukim Tebrau Daerah Johor Bahru. Ini juga mungkin SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

En Sivakumar daripada Malaysian Indian Business Association (MIBA) memberitahu KualaLumpurPost bahawa beliau telah menerima satu notis dari Pentadbir Tanah Johor Bahru untuk merobohkan sebuah kuil Hindu “Kuil Sri Maha Sanggili Karuppan” yang dibina oleh penduduk Mukim Tebrau di Daerah Johor Bahru sejak 20 tahun dahulu.

Surat yang ditandatangani oleh bagi pihak Perntadbir Tanah Johor Bahru meminta mengosongkan tanah tersebut dalam tempoh 3 bulan mulai 22 Jun 2012 dari tarikh notis dikeluarkan.  Notis itu juga memberi amaran akan merobohkan kuil itu selapas 3 bulan dari tarikh notis dan seterusnya memusnahkan semua bahan-bahan dari bangunan kuil.

Sivakumar memberitahu ini kemungkinan besar merupakan kerja parti MIC yang akan turun padang pada hari perobohan seterusnya cuba memberhentikan dan medapat sokongan penduduk tempatan seperti yang berlaku di kepong pada 21 Jun 2012 di Kepong Kuala Lumpur.

Siva juga memberitahu ini bercanggah dengan arahan and janji yang di keluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak  tidak akan merobohkan mana mana tempat beribadah di negara ini.

“Insiden ini menjadi  ‘amaran keras’  kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat),” ujar Sivakumar kepada wartawan KualaLumpurPost selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil kuil tersebut.

No.Ruj Notis :- (19) dlm.PTJB/KK/CH/1/8/2011 – Bertarikh 22 Jun 2012 – Dialamatkan Kepada Sivakumar (016-7163636) – Kuil Sri Maha Sanggili Karuppan Daripada:- Pentadbir Tanah Johor Bahru