klpost2

RM 50 ribu atau video panas – guru wanita cemas

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.

Menurut Malaysian Digest, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.

“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.

“Setiapnya saya meminta untuk berpisah dia mengugut mahu membunuh diri dengan meminum cecair kimia selain berjanji akan bercerai dengan isterinya.

“Semua itu sekadar janji kosong. Oleh itu saya membuat keputusan nekad untuk berpisah dengannya,” ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Tambahnya, walaupun mengetahui lelaki tersebut telah berkahwin, dia tetap meminjamkan wang sebanyak RM4,000 kepada lelaki berkenaan dalam tempoh tiga tahun itu.

“Dia meminta saya meminjamkan wang kepadanya disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya tetapi kini sanggup mengugut saya pula selepas berpisah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat guaman bagi mengambil langkah sewajarnya bagi membantu wanita berkenaan.