klpost

Rihanna ,gaduh lagi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KETEGANGAN antara Rihanna dan Karrueche Tran nampaknya tidak akan berakhir.

Menurut laporan portal Digitalspy, kedua-dua mereka masih lagi berkelahi gara-gara alasan lama iaitu mahukan Chris Brown dengan saling melemparkan ejekan di Twitter.

“Rihanna dan Karrueche bertengkar kerana Chris dan selama beberapa minggu ini, mereka mengejek antara satu sama lain di Twitter,” kata sumber.

Sehingga kini, cinta tiga segi antara Rihanna, Chris Brown dan Karrueche memang membingungkan.

Chris seolah-olah tidak boleh menetapkan pilihan hatinya.

“Rihanna memang menghabiskan Hari Krismas bersama Chris, tetapi tiada alasan bagi lelaki itu untuk tidak bertemu dengan Karrueche,” tambah sumber itu lagi. – Mstar