klpost

Ribut petir di Labuan, Sabah dan Sarawak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Ribut petir di perairan Sarawak (Limbang, Miri dan Bintulu), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan dijangka berterusan hingga lewat petang ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj).

Ia juga boleh menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Keadaan sama dijangka turut melanda perairan Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu. – Bernama