klpost

Resepsi anak disini ,Datuk K terlantar disana

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KLUANG – Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan anak lelaki Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K tetap diteruskan di Taman Sri Lambak, Sembrong dekat sini semalam.

Datuk K tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana dia kini terlantar di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di negara itu pada Khamis lalu.

Pasangan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 26, dan Nasha Alyssa Hishammuddin, 24, telah diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 November lalu.

Menurut Kosmo , sebelum ini, majlis resepsi mereka telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dan sebuah hotel di Kuala Lumpur.