klpost

Remaja dan Internet

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Golongan muda perlu bijak menapis ledakan maklumat dalam Internet supaya tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang mengelirukan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, golongan yang lebih popular dengan panggilan generasi X dan Y itu wajar mengkaji fakta yang diperoleh menerusi carian teknologi berkenaan sebelum membuat keputusan demi masa depan negara.

“Saya berharap golongan X dan Y boleh membuat keputusan yang waras dan seimbang…banyak fakta yang datang kadang kala dari Internet, banyak yang boleh kita kata tidak betul, dan fitnah.

“Saya tengok kadang-kadang ada sesetengah daripada berita portal dalam Internet lebih berat sebelah kepada pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum sehari TM di sini.

Beliau bagaimanpun yakin, berdasarkan penguasaan kecanggihan teknologi media baharu itu dalam kalangan generasi muda, mereka kini sudah berkeupayaan membuat perbandingan terbaik untuk kebaikan negara.

“Sedikit sebanyak daripada penguasaan teknologi ini, gen X dan Y akan dapat maklumat yang begitu luas dan juga mereka boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya. —BERNAMA