klpost

Ratu, Bond dan Mr.Bean – Temasya Olimpik 2012

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

LONDON – Temasya sukan Olimpik 2012 sedang berlangsung di Olympic Stadium di sini dengan lebih satu bilion orang menyaksikannya secara langsung.

Lebih 80,000 orang berhimpun di Olympic Stadium di mana Britain menganjurkan temasya itu buat kali ketiga.

Temasya kali ini disertai 204 negara dan wilayah.

Bagi menandakan permulaan majlis perasmian, Red Arrows terbang melintasi Olympic Stadium pada jam 20.12 malam waktu London (4.12 waktu Malaysia).

Kesemua 204 kontinjen masuk ke dalam stadium dengan persekitaran yang menggambarkan aduan era moden dan lama sejak 5.30 pagi waktu Malaysia.

Kontinjen Malaysia melintasi pentas utama sekitar jam 6.15 pagi (waktu Malaysia).

Majlis perasmian yang mengadunkan era perindustrian dan moden, turut dimuatkan dengan penampilan ‘Mr Bean’ dan James Bond.

Perasmian disempurnakan oleh Ratu Elizabeth II.

Laporan BBC menyifatkan kemunculan Ratu Elizabeth sebagai “The Queen made an unexpected entrance – with a little help from James Bond.”

Ratu Elizabeth tiba di stadium selepas satu video yang dihasilkan oleh BBC menunjukkan baginda diterbangkan menerusi helikopter oleh pelakon James Bond semasa, Daniel Craig.

Baginda merasmikan sukan ini dengan membacakan mesej perasmian satu ayat pada jam 7.15 pagi (waktu Malaysia).

Ia disusuli dengan pembacaan ikrar oleh Sarah Stevenson, pemenang pingat perak acara tae kwon do Olimpik 2008.

Kemudiannya, Sir Steve Redgrave, pendayung British yang pernah memenang pingat dalam lima sukan Olimpik berturut-turut, membawa obor ke dalam stadium. – SH