klpost

Rasuah dan penyelewengan RM200 ratus ribu bantuan Perdana Menteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Adakah ini sudah menjadi satu amalan yang membarah didalam Pentadbiran Najib?.. setiap dana dari wang rakyat yang disalur keluar dari sebarang Kementerian perlu diagihkan beberapa peratus darinya kepada pemimpin UMNO/BN melalui Syarikat milik mereka.

Semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen yang lengkap mengenai penyelewengan RM200,000 atau 40% dari jumlah keseluruhan geran yang bernilai RM500,000 dari geran bantuan Perdana Menteri yang diterimanya pada 12 September 2012 lalu, Chegu Bard bersama SAMM dan AMK Pulau Pinang telah membuat satu laporan kepada SPRM.

Hanya empat orang dibenarkan masuk ke perkarangan ibu pejabat

Temujanji telah diadakan dengan salah seorang pegawai penyiasat dari SPRM pada pukul 2.45 petang, hari ahad 16 Sepember dan hanya empat orang sahaja termasuk Chegu Bard sendiri yang dibenarkan memasuki perkarangan Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang itu.

Bagi membantu untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan beberapa dokumen telah diserahkan antaranya ialah:

~Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan

~Penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

~Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.

~Penyata akaun bearakhir bulan Mac 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan April 2012

~Penyata akaun bearakhir bulan Mei 2012

~Minit mesyuarat Exco ke 192 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

~Minit mesyuarat Exco ke 193 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis

Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Dan Syarikat tersebut dikuasai oleh pemimpin Barisan Nasional itu sendiri.. korang nak tahu siapa dia?

Kenapa aku tak tulis nama pemimpin BN itu macam biasa yang aku buat.. Baca apa yang dah ditandatangani oleh Chegu Bard di dalam gambar di bawah ni..

Jika didedahkan semua apa yang ada.. yang pertama Chegu Bard akan diburu oleh Bank Negara kerana melanggar akta BAFIA.. hukumannya denda sehingga RM3Juta atau Penjara selama 2 tahun..

Yang kedua.. “Seseorang yang tidak mematuhi peruntukan seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 69 ASPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.. ”

Sidang Media diadakan setelah Chegu Bard didapati masih bernyawa setelah keluar dari bangunan SPRM

… Ini boleh dianggap sebagai satu peluru untuk menumbangkan dua musuh sekaligus.. sebabnya jika segala dokumen yang ada disiarkan maka Chegu Bard pasti akan kedalam dan Pemimpin Barisan Nasional itu mungkin juga.. aku kata mungkin.. akan ke dalam dan pasti tidak akan sdisenaraikan sebagai calon..

Jadi.. bersamalah kita tunggu dan lihat adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia benar-benar proffesional atau sekadar menjadi tunggangan pemimpin UMNO/BN…

Chegu Bard bersama SAMM