klpost

Rancangan Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Jika benarlah apa yang didakwa oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkenaan niat Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN jika gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum nanti, ianya satu tamparan hebat yang cukup memalukan bukan saja pada Anwar malah pakatan pembangkang itu sendiri.

‘Saya tidak menolak kemungkinan perkara itu, namun apa yang menghairankan kenapakah wujud perancangan sedemikian sedangkan pembangkang sentiasa melaungkan kononnya mereka kuat dan makin menerima sokongan rakyat”, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Menurut beliau pendedahan tersebut menujukkan ketidakyakinan Anwar bersama rakan sekutunya yang lain di dalam pembangkang untuk berdepan dengan rakyat pada pilihan raya umum nanti.

“Mungkin Anwar sendiri dah sedar dan tahu mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu di beberapa negeri memakan diri mereka sendiri setelah beberapa manifesto dan janji tidak lagi ditunaikan.

“Mungkin juga beliau dan rakan-rakan rapatnya di dalam PKR tahu bahawa rakyat sudah jemu dengan politik janji….. Cuba kita tengok di Selangor apa dah jadi.. Di Kedah apa yang berlaku dengan janji dulu, di Pulau Pinang usah cakap dan Kelantan semuanya tahu. Jadi apakah faktor ini yang menyebabkan Anwar khuatir dan bimbang akan sokongan rakyat hingga terpaksa membuat perancangan sebegitu rupa” katanya.

Anuar seterusnya menambah beliau tidak mahu membuat sebarang spekluasi yang tidak benar untuk mengiyakan dakwaaan berkenaan, sebaliknya meminta dengan hati yang penuh ikhlas agar rakyat melihat pendedahan tersebut dengan mendalam.

Katanya beliau sama sekali tidak mahu menghasut minda umum sebaliknya sama-sama berfikir akan retorik dan politik janji yang dibawa oleh parti pembangkang dengan melihat kepada negeri yang dikuasai mereka hari ini.

“Ditambah pula dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Jefrey itu bukankah ianya menampakkan sikap sebenar Anwar yang seolah-olah berada dalam keadaan yang amat tertekan untuk menghadapi rakyat.

“Jadi kenapa kita perlu memberikan sokongan terhadap pemimpin yang diragui keikhlasannya untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Yang nampak hanyalah impian dan kepentingan politik peribadi semata-mata,” katanya. -MediaUMNO